Hari yang sangat memenatkan hari ini dalam melayani kerenah anak yang semakin membesar..entah kenapa semakin hari semakin menjadi-jadi perangai si Hasya ni..sabor je laaa...byk kali jgak la kena dgn hanger baju..tp kt kaki jer laaa...sbb aku ingat pesan org2 tua..sayangkan anak tangan-tangankan..harapnya falsafah tu masih lagi relevant...
berbalik pada sikap dan kerenah anak yang semakin menjadi2 tu...aku terlepas pandang..rupa-rupanya dalam kesibukan dan buat-buat diri sibuk bekerja dan menguruskan buah-buah hatiku semua...dh lama rupanya aku tak mengamalkan doa-doa yang sepatutnya dibaca selepas solat dan semasa mendodoikan mereka tidur..MAAFKAN MAMA SAYANG.Kekadang terlampau letih..diorang tidur..kita pun terus tidur jugak..
tp lepas tengok Al-hidayah dgn tajuk kuasa doa seorang ibu..baru teringat dan tersedar.. so bila dah post kt sini sesama la kita amalkan doa-doa ini semoga anak-anak kita membesar menjadi anak2 yg soleh dan beriman berkat doa kita..SEORANG INSAN ISTIMEWA BERNAMA "IBU"
SURAH AL-FURQAN AYAT 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
SURAH ALI-IMRAN AYAT 38
Yang bermaksud:
"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa.."
SURAH IBRAHIM AYAT 40
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
No comments:
Post a Comment